Memulihara sungai serta hidupan akuatik terutama ikan air tawar sudah sebati dalam kehidupan rakyat Sabah dan ini dilaksanakan melalui sistem tagal atau Bombon, bermaksud ‘jangan’ dalam bahasa Kadazandusun. Diamalkan sejak bergenerasi lamanya, kejayaan sistem ini bukan sahaja mampu memulihara alam sekitar tetapi juga memberikan bekalan sumber mampan buat penduduk setempat. Melalui sistem tagal, penduduk mengawal aktiviti menangkap ikan di sungai mengikut tiga zon iaitu zon merah larangan menangkap ikan, zon hijau bebas menangkap ikan sementara zon kuning, tangkapan ikan sekali dalam tempoh tertentu, bagi memastikan ikan tidak pupus serta terus memberikan bekalan makanan. -
BERNAMA
0 Comments