Hanya ditemukan di Kedah dan merupakan satu-satunya komuniti Orang Asli di negeri itu, suku kaum Kensiu daripada rumpun Negrito tidak begitu dikenali oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Berjumlah hanya sekitar 350 orang dengan kesemua mereka tinggal di Kampung Lubuk Legong, kira-kira 12 kilometer dari pekan Baling, tidak menghairankan jika suku kaum ini “mewajibkan” ahli komuniti mereka berbahasa Kensiu ketika berkomunikasi sesama sendiri, demi menjaga kelestarian bahasa mereka yang kini diaduk dengan bahasa lain. "Yek sayeng Kensiu… bahasa menik Kensiu men'ed ap jagak be'ed be'ed',” tutur Mazwan Ibrahim, remaja lelaki Kensiu yang ditemui Bernama di kampung itu baru-baru ini. -
BERNAMA
0 Comments