Rencana : Beruntungnya "si Bulus" Jalanan Di Sepang, Ada Pbt Cakna


Oleh Nur Hayati Muda CYBERJAYA, 12 April (Bernama) -- Masing-masing mungkin mempunyai naratif duka tersendiri yang tidak dapat diungkap kepada manusia, namun kesemuanya berkongsi nasib sama - hidup di jalanan dan hanya bergantung harap pada ihsan manusia. Ihsan manusia juga yang membawa mereka ke  sini - Taman Kucing Cyberjaya kendalian Majlis Perbandaran Sepang (MPS), sekali gus memberi “si bulus” jalanan ini peluang kedua untuk hidup sebagai haiwan kesayangan keluarga.  Jika dulu tubuh melidi dipenuhi kurap atau mengalami cirit-birit dan buasir sehingga terkeluar usus, kini kucing-kucing jalanan yang diselamatkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bukan sahaja sihat tetapi juga montel dan manja, hasil penjagaan rapi petugas yang komited terhadap kebajikan haiwan terbabit. -BERNAMA  

Post a Comment

0 Comments