Sudah hampir 67 tahun negara ini merdeka, namun isu penggunaan bahasa kebangsaan masih menjadi polemik yang adakalanya mencetuskan perbalahan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperuntukkan oleh Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan dimantapkan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Namun, pada masa sama, Perlembagaan Persekutuan membenarkan penggunaan bahasa ibunda oleh kaum-kaum lain. Akan tetapi, entah apakah silapnya, kegagalan menguasai bahasa Melayu, baik dari segi lisan ataupun tulisan, masih menjadi isu utama yang membelenggu usaha pengukuhan bahasa kebangsaan di negara ini, dan masalah ini merentasi semua kaum termasuklah orang Melayu sendiri yang mengambil mudah bahasa ibunda mereka. -
BERNAMA
0 Comments